Hi! Put your welcome address here. If you have time, please check my website : http://stuckmuffin.info. See You There!
Disclaimer
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must. Best-viewed with screen resolutions 1024x768. Enjoy your stay and have fun!
put your site stats here
bold,italic,underlined
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
Put Your profile Here. Make it simple and not fugly okay? as long as it is catchy, its okay! :D say what you wanna say,say what you wanna say,say what you wanna say!

Doing...
Feeling : _______
Eating : _______
Doing : _______
Watching : _______
Listening to : _______

Tagboard
Shout mix or cbox? abything just decide for yourself. width="210px"for sure ;)
December 2011 | January 2012 | February 2012 | March 2012 | May 2012 | July 2012 | December 2012 | January 2013 | February 2013 | March 2013 | May 2013 | June 2013 | July 2013 |

kite bukan sape sape utk menilai xsesiape
Berkat orang pemurah dan bakhil
awas apabila ketawa...!!! (dr guruku us.anas zainu...
KITAB CINTA KITA
tudung labuhku
anakmuaallaf: CATATAN KAK WAN AZIZAH YANG CUKUP SEBAK
kita bukan permula  kita juga bukan penghujung...
"exam fever" ....29 dec "2011"  sampai 11 jan ...
salam tahun baru semua...bg lmbaran baru 2012...
KEMBARA IT'S BEGIN rabbiighfirli (tuhanku ampun...

Music
Music Here!

Written at Saturday, February 25, 2012 | back to top


aslmkm...bismillahirrohmanirahim..sejak aher2 ni sy dok terime berite duke jew dr  jauh...
first (23 sept 2011) ttg pak din 

As-Salamu'alaikum Semua.. "PAK DIN DIMASUKKAN KE HOSPITAL"
Khamis 03.00 pagi. Pangsapuri Proton, Jalan Kebun, Klang - Anak ke 5 dari Boss Families kita En.Rosli b. Osman (Pak Din) telah dimasukkan ke Hospital (area klang la kot) akibat perut senak, muntah-muntah.

Pada mulanya doktor mengatakan ianya gastrik, dan apabila doktor melihat keadaan fizikal di bahagian perutnya juga di beberapa bahagian tertentu yang seakan-akan keras dan pesakit pula mengadu susah untuk duduk dan sebagainya, doktor mula mengesyaki sebabnya ialah terdapat ketulan di dalam hempedu yang menyumbatkan saluran-salurannya.
Disebabkan kesakitan yang dialami, doktor memberikan beliau berkali-kali ubat "pil killer" untuk menahan sakit. Setelah itu, beliau (pakdin) mengalami kekuningan dibahagian mata juga tubuh badan. Pada hemat saya ia cuma kesan dari ubat yang telah diambilnya berkali-kali itu.
Kepada ahli keluar beliau, semoga tabah dan sabar atas ujian yang Allah Ta'ala berikan. Banyakkan berdoa, Solat jangan tinggal(solat hajat buat jugak ye) dan senantiasa berdoa kepadaNya. Doktor hanya mengesyaki, bermakna ianya belum tentu benar.
Apapun hanya Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui dan Maha Menyembuhkan. Ayuh kita semua memanjatkan doa kepada Yang Maha Menyembuhkan, supaya Pak Din Kita dapat sembuh seperti sediakala dan sihat wal'afiat serta dapat meneruskan hari-harinya seperti biasa.. Amin.. Amin ya Robbal 'alamin.
Wallahu 'alam. Allahu yashfi 'ammuna Rosli B. Osman, wa jammilhu bi 'afiati was salamah..ya Allah ya Allah.. ya Kasyifal Mu'afii..
second (5 dec 2011) ttg opah

Aslmkm warga Boss Families...
Adakah anda tahu keadaan Nenda Khalijah ?? Untuk Makluman semua..
Nenda kita tercurah minyak ketika menggoreng ikan.. Kaki dan peha melucur.. Baru je lepas jatuh dah kena minyak panas pulak.. hmmmm apa ye yg patut kita buat..
Dulu masa kita kecil2,
kalau opah nak berjalan semua nak ikut..
klu ada yg duduk jauh, opah datang melawat..
klu demam opah la yg berjaga malam,
klu tidur opah la yang dodoikan,
klu lapar opah la yg masakkan,
klu sedih opah la yg hiburkan,
klu ade yg terluka tubuh badan opah la yg bubuh ubat,
Opah jgk tak pernah berkira nak bagi duit..
dan banyak lagi jasa opah kan...?!
Kini..
Opah jatuh, dimana cucu-cucu opah?
Opah luka, dimana cucu-cucu opah?
Opah makan ape ye sekarang??
Sape ye teman opah sekarang??
Tolong masakkan,
Brape RM ye kite kasi opah?? (tp sekarang wang ringgit bukan nilaiannya lagi?
Brape kali sebulan @ setahun kita jenguk opah??
Ade kereta, opah merasa tak naik kereta kita??
Tubuh opah makin susut,
Kulit opah makin berkerut & kering,
Tenaga opah makin kurang..
Dimana kita..
Tidak pernah diminta kasihnya dibalas,
Tidak pernah diminta jasanya dibalas,
namun atas sikap kemanusiaan...
Dimana AKU, dimana kita??
Bersyukurlah kita kerana ingatan opah masih utuh,
Masih mengenal cucu-cucunya..
Masih boleh bergurau tawa...
Renungan Bersama...
Jangan kita menyesal di kemudian hari..




(29 dec  2011) ank sdare opah meninggal ditimpa lift brg kat tempat keje...

(17 jan 2012) kezen sye Auni safiyah

telah dimasukkan ke wad kerana mengalami masalah buah pinggang..

(2 feb 2012) pak ngah mrangkap adeq ipo mak meninggal jatuh kat tempat keje jugak tu.. heran jgak..ye la pak ngah 2 sihat walafiat je xde pape sakit pon.(mati mengejut deme kate)..serangan jantung agaknye..wallahualam..dah sampai ajal.kpd kezenku fadil,yani,yana & iwan byk2 kan bersabar yea..Allah bersama kalian..

(4 feb 2012)haaa..berite yg ke-3 ni berita bahagia (tumpang bahagie jek) .. alhamdulillah along sye telah selamat diijab qabulkn dgn buah  hatiny..tadaaa~..:


 
berite keempat ni (13 feb 2012) anak kpd kezen sy meninggal dlm perut...ta sempat dilahrkan...anak sulung tu~... "smoge Allah tabahkn hati kak aini & abg fadil utk mhadpi dugaan ni"..

pehtu....pd....

(21 feb 2012)  pasal buah hati sy si cilik amani bsame ayah dan uminy yg kini berbadan due exciden time o.d.w ke tempat keje..

berite  penuh dr along :

SENAYAN, 20 Mac 2012.. Masa sebelum masuk koje..Selepas Terowong menuju ke Tol Jelapang.
Ketika dalam perjalanan ke pejabat, En. M.Lutfany Othman (P.Abg) yang ketika itu bersama Isteri & Anak2 telah mendapati Produa Kancil Mira Turbo yang dipandunya seolah-olah MENGESOT(mengelongsor) ke kiri jalan yang mana terdapat longkang kaki bukit yang 2,3 kaki dalamnya.
Oleh kerana khuatir terbabas ke dalamnya beliau dikatakan cuba mengawal stering kereta yang sebelum itu menuju ke penghadang kiri jalan (devider kata org chandan), dipendekkan cerita, Al-kisah maka ditakdirnya kereta beliau rapat melanggar devider tengah (simen batu) sebelum kereta beliau terbalik (mengiring kanan).
Dalam suasana yang mendebar & kelam kabut itu, M.Lutfany Othman tanpa berlengah keluar dari kereta dan terus mengeluarkan anak serta Isteri beliau melalui bonet belakang..
Alhamdulillah, P.Abg cume mendapat 4 jahitan dibahagian siku, Manakala anak2 serta Isteri beliau tidak mengalami apa2 kecederaan InsyaAllah, melainkan sakit2 di kepala akibat terhantuk.
Punca kemalang itu, dikatakan jalan licin tambahan pula pagi tersebut hujan agak memberangsangkan...cerita Lanjut hubungilah beliau..
Akhir-akhir ini kita lihat banyak musibah yang berlaku, dalam sedar mahupun tidak, dalam bentuk kecil mahupun besar.. Yang pasti Allah S.W.T tidak akan jadikan sesuatu melainkan ada sesuatu yang perlu kita bersama amati & fikirkan. Apa pun musibah yang berlaku tetap ada hikmahnya.
Ujian & Musibah yang datang itu menandakan bahawa Allah S.W.T masih memberi peluang & masih menyayangi kita.. Sama2lah kita bermusahabah. Kalau berdoa untuk keselamat dunia & akhirat tu jangan lupa untuk ibu bapa, atuk opah & sanak saudara sama ye..








dan keesokan hariny bru2 je lg..berite ttg atok sye...=(...(..atok jatuh kat lua uma.(tbyg raut wajah atok yg tersenyum bile diusik dan mengusik cucu2)...time tu da la ujan..=( ..alhmdlh jiran seblah (anak sdare atok) yg sdg menyiram bunge di tepi uma  tnampak kelibat atok yg disangka sdg berehat2 rupeny sdg cube bkali2 utk bgn sblm terbaring keletihan + kesejukn segera mendapatkn atok dan dbwa ke hospital menaiki ambulan..


berite penuh :


Rabu_ 22 Feb 2012.. Bukit Chandan, semalam sekali lagi kita dikejutkan dengan berita berkenaan Atuk Othman yang dijumpai terbaring oleh jiran sebelah rumah iaitu ayah E.


Rintik hujan petang, keadaan langit berubah gerimis..Ayah E keluar rumah seusai solat asar sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah, terdetik dihati ayah E untuk menyiram bunga-bunganya. Sewaktu sedang menyiram bunga ditepi rumah, ayah E terlihat Atuk sedang duduk separuh terbaring yang disangkanya sedang berehat.
Beliau mengamati perlakuan atuk yang agak menghairannya iaitu cuba untuk bangun berkali-kali sebelum terbaring keletihan dan kesejukan (mungkin). Melihat keadaan itu, Ayah E segera menuju ke arah atuk untuk mengetahui apa yang telah berlaku, melihat keadaan atuk yang tidak mampu untuk berkata apa-apa, ayah E cuba memapahnya. Namun apakan daya, bukan khudratnya lagi.. Ayah E bergegas ke rumahnya meminta isterinya Nyah Esah (An) menelefon ke rumah Opah memaklumkan keadaan atuk dan menyuruh sesiapa yang ada untuk datang memberi bantuan dengan kadar segera.
Melihat bantuan yang dipanggil belum tiba, ayah E mengambil tindakan segera dengan memanggil 2 orang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di rumah Anak Sulong Atuk (Pak Yop). Mereka memapah atuk ke rumah, dan ayah E memikirkan untuk membawa ayah E ke Hospital.
Melihat kedatangan Cucu Atuk (Ariffin), ayah E menyuruh membersihkan tanah-tanah yang ada di badan atuk atuk sambil ayah E cuba untuk mendapatkan kenderaan untuk membawa atuk ke Hospital.
Dipendekkan cerita, Atuk dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan yang ditemani oleh Pak Bey & Pak Nain.. Dalam suasana kelam kabut dan hiba itu, Pak Abang cuba untuk menghubungi adik-beradik lain.
Di dalam ambulan, pak bey tidak putus2 memainkan peranannya sebagai seorang anak dengan membisikkan kata-kata yang sepatutnya ke telinga atuk.
Di Hospital, atuk dimasukkan ke Wad Kecemasan dan..
Al-Hamdulillah setelah beberapa ketika, beberapa pengurusan dan dimasukkan air ke dalam badan keadaan atuk kembali stabil.
Dan dalam 9 ke 10pm atuk dibawa pulang oleh Pak Ley. Dirumah Opah sedang menunggu depan 1001 pengharapan disamping anak-anak yang lain dan juga menantu-menantu.
Dan Atuk kini berada dirumah Chandan, ditemani oleh Pak Bey, Pak Ley, Mak Mah dan beberapa orang lagi termasuk cucu2nya.
P/S :Kepada mereka-mereka yang berjauhan, janganlah terlalu risau & gundah gulana, perbanyakkan berdoa & muhasabah diri. Sebagai seorang Muslim, keredhaan & ketabahan itu amat penting disamping usha & tawakkal kepada Allah S.W.T. Andai Allah menghendaki terjadinya sesuatu, maka ia tetap terjadi..
Harta yang paling berharga ialah "Anak Soleh & Solehah yang mendoakan"Maka disetiap kali selepas solat, berdoalah untuk ibu, ayah, Atuk, Opah & seluruh Ahli keluarga serta muslimin muslimat"
mse tepon opah ari tu...opah gtau atok tbaring je sambil mte dpejam ..=(
rinduny nk usik atok ...

ya allah berikn sedikit kudratMu kpd atok dan kedua opahku & kurniakn kepada mrk nikmat kesihatan yg berpnjgn..amin



dan lg terbaru pd 24 feb 2012 berite ttg pak andi adek ayahdaku ayahda kpd auni safiah.. masih ditahan wad utk mjalani pembedahan memulihkan kaki akibat kemalangan tahun lalu.,,

*  same2 la kte m'ngambil ibrah dr ape yg berlaku ...
allah sdg menegur keluarga kite mugkin ade khilaf yg tidak kte sedar mhupon sedar

-ujian tanda kaseh dan sayang Allah pd kita-