Seorang gadis datang menemui rasulullah dengan tangan kananya disorokkan ke dalam poket bajunya.Dari raut wajahnya,anak gadis itu sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.Lalu rasulullah meneguranya "Wahai anakku,kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang itu pon menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah,sesungguhnya aku
adalah anak yatim piatu.Malah tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkkan aku
menanggung kesakitan ini."Balas gadis tadi. "Jika tidak keberatan , ceritakan mimpimu itu wahai anakku"
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku didalam neraka keadaanya amat menyedihkan.Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.""Kemudian ku melihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku menjawab bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir.Yang lain hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku.Rupanya beliau berada di syurga dan sedang dijamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku."Wahai ayahku ,ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan didunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya.Sesunguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,aku lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku,api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku sedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya rasulullah."Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan berdoa memohon petunjuk dari Allah.Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesarannya
tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata "Wahai anakku,pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya engkau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.INSYA'ALLAH..